MARES
Ham Info
MyMARES Mailing List
For REGISTERED MARES Members ONLY!
Our Contact Info
President:Aziz 9M2AU
Secretary:
Fahroe 9W2BBS
Education:
Mutalib 9M2SQL
EmComm:
emergency@mares.org.my
Phone :
+6012-3022400
Fax:
+603-77811859
Web:
www.mares.org.my
Email:
info[at]mares.org.my
Society Profile:
MARES Profile
Map:
Click here to view map.
Mailing Address:
P.O. Box 8124
Pejabat Pos Kelana Jaya
46782 Kelana Jaya
Selangor Darul Ehsan
Club House:
4A, Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
GPS Coordinate:
N3° 05ʹ 40.9ʺ E101° 38ʹ 57.3ʺ (WGS84)
MARTS News
| Bagaimana hendak menjadi Ahli MARES |
| Written by MARES Newsdesk |
| Saturday, 05 November 2011 20:46 |
|
Assalamualaikum salam wrt dan Salam Sejahtera untuk semua. MARES mengalu-alukan lebih ramai lagi operator ham radio di Malaysia khususnya dan berbesar hati dengan pertanyaan anda. Penggunaan radio amatur (ham radio) di Malaysia adalah dilesenkan di bawah Akta Komunikasi yang dikawalselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Seseorang perlu mendapatkan sekurang-kurangnya lesen Kelas B Penguntukan Radas (Apparatus Assignment) dari SKMM. Untuk mendapatkan lesen Kelas B, anda perlu menduduki RAE - Radio Amateur Examination. Ujian ini dikendalikan oleh SKMM. Maklumat tentang ujian boleh didapati dari laman web SKMM (www.mcmc.gov.my) ataupun melalui hyperlink dari laman web kami www.mares.org.my. Kos menduduki ujian ini adalah RM50 dibayar kepada SKMM. Lesen Kelas B membolehkan anda beroperasi pada frekuensi 28MHz, 50MHz, VHF 144.000-148.000MHz dan UHF 430.000-440.000MHz (sila rujuk laman web SKMM untuk maklumat terkini). Selepas memegang lesen Kelas B selama sekurang-kurangnya satu tahun anda layak menduduki ujian CW untuk mendapatkan lesen Kelas A. Ujian CW memerlukan kemahiran menghantar dan menerima kod Morse. Selepas lulus RAE, anda dikehendaki memajukan permohonan Penguntukan Radas Kelas B. Yuran tahunan Kelas B adalah RM24. Untuk setiap permohonan, yuran pemprosesan adalah RM60. Seperti lesen memandu kenderaan, anda boleh memohon untuk membayar lesen sehingga untuk tempoh lima tahun. MARES membantu orang awam dan ahli-ahlinya membuat persediaan untuk menduduki RAE. Di laman web MARES ada diumumkan maklumat tentang kelas persediaan. Pengumuman mengenai peperiksaan radio amatur, boleh dilihat di laman web SKMM. Pendaftaran dan pertanyaan berkenaan kelas RAE boleh diajukan kepada Ketua Biro Pendidikan, di alamat emel This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it Borang keahlian boleh dimuat-turun dari laman web MARES. Borang yang telah lengkap diisi berserta 2 keping gambar, dan bayaran penyertaan bolehlah dihantar ke Kelab MARES, dialamatkan kepada Setiausaha Kelab MARES, dialamat yang berikut; Urusetia Keahlian Malaysian Amateur Radio Emergency Service (MARES) P.O. Box 8124 Pejabat Pos Kelana Jaya 46782 Kelana Jaya Selangor Darul Ehsan Untuk menjadi ahli MARES, anda perlu menghantar borang permohonan keahlian yang telah dilengkapkan beserta bayaran RM90 (RM30 pendaftaran, RM60 keahlian untuk 2 tahun) kepada Setiausaha MARES. Borang pendaftaran boleh didapati di sini Borang Pendaftaran MARES Borang yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan lambat diproses. Bagi permohonan tanpa gambar ahli, pihak MARES akan menggantikan dengan logo MARES pada kad keahlian anda. Anda dialu-alukan untuk datang ke rumah kelab MARES di 4A Jalan Tinggi 6/12 PJ. Peta untuk ke rumah kelab MARES adalah seperti berikut:- Peta ke Rumah Kelab MARES Lazimnya, terdapat aktiviti di rumah kelab pada setiap pagi Sabtu dan Ahad, bermula jam 10 pagi. Sekian, 73 de MARES Setiausaha, MARES Malaysia |
Membership Status
Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 09 April 2012













Join















