forex trading logo

MyMARES Mailing List

For OFFICIALLY REGISTERED MARES CLUB MEMBERS ONLY!

Our Contact Info

President:
Aziz 9M2AU
Secretary:
Fahroe 9W2BBS
Treasurer:
Hazali 9W2ZLH
Education:
Mutalib 9M2SQL
EmComm:
emergency@mares.org.my

Phone:
tba
Fax Only:
tba
Web:
www.mares.org.my
Email:
info[at]mares.org.my

Society Profile:
MARES Profile

Mailing Address:
P.O. Box 8124
Pejabat Pos Kelana Jaya
46782 Kelana Jaya
Selangor Darul Ehsan

Club House:
4A, Jalan Tinggi (6/12)
Seksyen 6,
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Map:
Click here to view map.
Note:
Our club house is not manned during weekdays. Please contact the mobile number for further information.


Club House GPS Coordinate:
N3° 05ʹ 40.9ʺ E101° 38ʹ 57.3ʺ (WGS84)

MY Ham Clubs


MARES is a member of

MARES Affliates




Malaysian Ham Radio Club











Home Ham FAQ Apakah cuaca hari ini?
Apakah cuaca hari ini?
Written by MARES Newsdesk   
Saturday, 05 November 2011 22:38
Written by: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it (original post at http://groups.yahoo.com/group/mymares/message/1342 on Wednesday, 12 July 2006)

Apakah cuaca hari ini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang saya kasihi.

Semalam, saya tersangkut dalam kesesakan ke pejabat lewat tengahari gara-gara hujan yang tiba-tiba turun sedikit lebat. Bila sampai sahaja di pejabat saya terus melawati laman Bernama dan terpandang satu berita mengenai cuaca panas di Sarawak…. tetapi ia mengingatkan saya kepada beberapa tahun lampau di mana ketika itu saya bertugas di Pulau Mutiara. Ianya bermula apabila saya baru pulang dari membeli antenna VHF/UHF televisyen dari Jalan Kg. Bengali di Bagan, cuaca sepanjang hari itu sangat terik. Ada 2 peristiwa yang berlaku pada hari itu iaitu yang pertama ketika itu air pasang besar di mana air laut sedikit melimpah naik ke kaki jalan tidak jauh dari loji sisa kumbahan manusia di jalan Chain Ferry dan langit ketika itu tiada awan langsung sepanjang hari itu tiba-tiba didatangi sebaris awan halus seperti kapas. Ah.. cantik sekali, walaupun Geografi adalah subjek yang saya minati tetapi saya tidak dapat meneka apakah jenis awan ini, seperti Awan Sirostratus (mungkin?).

Sampai sahaja saya di rumah, antenna tv tersebut terus saya pasang. Sesuatu yang janggal berlaku pada skrin tv, terdapat belang-belang aneh. Apabila penalaan semula berlaku di mana antenna saya mengarah ke Gunung Jerai, suatu imej wujud pada band UHF… Indosiar, TransTV dan RCTi jelas 5 dan 9 tanpa bintik-bintik saya terima .. kenapa? Mengapa? Dan bagaimana?, siaran tv dari Indonesia (dari pemancar di Binjai Medan) boleh saya terima pada di Pulau Mutiara hari itu sedangkan adalah mustahil diperolehi pada hari-hari biasa. Maka bermulalah era baru bagi saya tentang Propagasi Troposfera.

Bercakap tentang propagasi, ia merupakan suatu peristiwa yang unik kerana pada ketika itu pemancaran sesuatu radio boleh menjangkau ke jarak yang mustahil boleh sampai pada ketika-ketika biasa. Bagaimana perkara ini berlaku? Ianya berkait rapat dengan kejadian alam seperti suhu, pasang surut air laut dan aktiviti di matahari. Bagi mereka yang berada di kutub utara dan selatan terdapat suatu fenomena yang boleh dimanfaatkan iaitu Aurora.

Kita tinggalkan seketika HF kerana terdapat banyak artikel yang membicarakan perkara ini tetapi kita tumpukan pula pada VHF dan UHF kerana ianya tidak kerap diperhatikan.

Berdasarkan pengalaman saya ketika saya berkecimpung dalam hobi DX Tv, sesuatu siaran televisyen jarak jauh boleh diterima apabila berlaku cuaca panas yang melampau sepanjang hari, tanda-tanda propagasi mula membuka apabila penurunan suhu mendadak pada awal petang. Ianya akan berlarutan hingga lewat malam. Ketika ini saya akan dapat menerima siaran televisyen dari Siam yang bertindah dengan RTM 2 di band 1. Dimaklumkkan pemacaran tv dari siam ini datangnya dari Saturn/Hadyai! Dalam bulan yang sama ketika itu saya mula aktif memantau Band 1 dan Band 3 frekuensi televisyen dan saya berjaya menerima test card dari Sri Lanka ketika peristiwa Air Pasang Besar dan kehadiran awan yang saya sebutkan sebelum ini. Hummm.. menarik kan? Tetapi bagaimana ini boleh berlaku?

Mari kita tinggalkan frekuensi di atas dan melihat pula frekuensi radio amatur di 2m, ketika itu saya mencuba beralih pada frekuensi amatur di mana ketika lewat petang saya akan ke Relau. Di sebelah Pulau Pinang di mana terdapat satu jalan ke Balik Pulau yang akan merentasi antara Bukit Penara dan Bukit Bendera. Terdapat satu kawasan lapang untuk memandang Selat Melaka dari kemuncak bukit ini. Di situlah saya mula memantau frekuensi amatur di Indonesia. Antara Frekuensi yang paling popular ketika itu ialah 146.080Mhz dan 146.050Mc, dua pengulang pancar yang aktif di sebelah Kota Medan (dan Tanjung Pinang?). Tetapi apabila saya mula memahami tentang propagasi, saya sudah tidak ke sana lagi. Hanya tunggu di rumah memantau cuaca dan langit. Begitulah seronoknya bila mula merungkai misteri radio amatur ini.

Rasanya kalau di Kuala Lumpur masih tidak rugi sekiranya propagasi membuka, ini kerana terdapat beberapa rangkaian pengulang pancar dari Negara tetangga yang boleh diakses apabila propagasi terjadi. Di 146.000Mhz dan 146.785Mhz (mungkin betul?) agak aktif, Cuma kebelakangan ini sudah senyap. Bagi rakan-rakan di Putrajaya boleh mencuba memancar dari kemuncak Presint 1 di hadapan Shang-Ri La Putrajaya manakala Puchong tidak menjadi masalah kerana tiada halangan. Begitu juga Klang, Kajang serta Shah Alam. Bagaimana pula anda?

Sebenarnya beberapa peristiwa ini banyak manfaatnya. Kalau di Kawasan kutub ada peristiwa Aurora, kita di Malaysia apa kurangnya. Kita ada jerebu. Jerebu?. Bagi saya jerebu disebalik keburukannya ada sedikit kelebihannya. Ketika negara teruk dilanda jerebu, saya dan beberapa sahabat radio amatur mula memerhati pola gelombang isyarat UHF dan VHF yang tiba-tiba meningkat. Pemancaran dari negara Indonesia dapat didengari dengan jelas walaupun antenna getah pesawat kecil (handheld), dengan hanya 100mW boleh mengakses pengulang pancar 146.000Mhz dan Gunung Ledang (Astra), begitu juga Bukit Larut (Astra), malahan Gunung Jerai -300Khz (Astra) (bukan Gunung Ledang) dari Cyberjaya dengan hanya 10W (PEP) antenna Yagi 4 element! Dengan antenna getah dan pesawat Kenwood TH 234 boleh mencapai ke Bukit beruntung dari Hotel Empress Sepang! Bagaimana Jerebu memberi kesan ke atas pemancaran isyarat radio?

Demikian kisah saya dengan propagasi, saya tinggalkan kisah saya dengan misteri alam ini untuk dirungkai oleh para pembaca. Terdapat banyak artikel yang membincangkan perkara ini. Jangan lupa menyemak di google.com berkaitan Aurora, sprodiak-e, sun spot, Ionosfera, Lapisan F2 dan meteor scatter… begitu juga cuaca disekeliling anda.

Tips mengesan kewujudan propagasi yang paling mudah bagi pengamal radio amatur di Kuala Lumpur ialah dengan memantau 147.850Hhz, jika anda dapat mendengar isyarat dari Taiping ini jangan lupa memerhati pergerakkan turun naik aras isyaratnya. Kalau di negara-negara Eropah banyak ‘beacon’ diwujudkan untuk menjadi penanda propagasi. Sekiranya ingin mengetahui bagaimana propagasi itu berubah sebenarnya lebih menonjol jika anda mendengar di HF di mode selain FM..

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca penulisan dan persoalan yang saya bangkitkan. Mudah-mudahan kata kekunci ini dapat memandu tuan-tuan dan puan-puan supaya lebih aktif melakukan sedikit ‘study’ berkaitan hobi ini

p/s Saya cuba kurangkan istilah teknikal dan penyampaian yang tidak terlalu teknikal untuk memudahkan rakan-rakan baru berkenalan dengan hobi ini mencari bahan-bahan di atas.

p/s Jika anda terperasan situasi cuaca seperti yang saya ungkaikan di atas, anda boleh mencuba bereksperimen dengan rakan ham anda yang sebelum ini sukar berkomunikasi atas faktor jarak ataupun kualiti isyarat yang lemah.

p/s barulah saya tahu sekarang, kenapa Pak Maarof (9W2OO) hanya keudara apabila cuaca panas sahaja J (beliau kerap mengucapkan ayat yang sama ketika mula-mula ber’qso’ –malam ni panas lah! Hehehe)

Komen dari rakan amat saya alukan

Rujukan menarik

http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=207256 <http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=207256>
www.andystg.cjb.net
http://www.geocities.com/malberi <http://www.geocities.com/malberi>


This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Last Updated on Saturday, 05 November 2011 22:38
 

Membership Status

Membership Number:

Example Membership Number: 2103100111
Last DB update: 09 April 2012

Membership fee can be paid by;
- Cash directly to Treasurer, or
- Cheque/Money Order/Postal Order to PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA, or
- Bank Deposit/Online Payment to BANK ISLAM account 14-041-01-005646-4 (PERSATUAN PERKHIDMATAN KECEMASAN RADIO AMATUR MALAYSIA) and email proof-of-payment to Treasurer.

To download the membership form for membership renewal, surf;
www.mares.org.my >> Downloads / Links >> MARES Membership Form

Callsign Search @SKMM

Click SKMM logo below to search for Malaysian Amateur Radio Callsign


Join us at...

JPS Flood Info

Infobanjir RSS Feed
  • KELANTAN
    Sg.Golok di Rantau Panjang is above the danger level by 1.35 meters -21/12/2014 - 18:00
  • KELANTAN
    Sg.Golok di Kuala Jambu is above the danger level by 0.56 meters -21/12/2014 - 18:00
  • TERENGGANU
    Sg. Dungun di Kg. Pasir Raja is above the danger level by 0.1 meters -21/12/2014...
  • TERENGGANU
    Sg. Telemong di Kuala Ping is above the danger level by 0.31 meters -21/12/2014 -...

Solar-Terrestrial Data

Affliates & Contributor





Regional Ham Society












Search more at




Latest News

AR Newsline

Google News - Ham

ARRL News


Copyright MARES Malaysia (C) 2011. Powered by Joomla!. Designed by: joomla themes top celebrities Valid XHTML and CSS.