|
Written by MARES Newsdesk
|
|
Friday, 11 November 2011 09:19 |
Salam sejahtera,
Warga MARES Malaysia yang dihormati,
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke 9 MARES, telah dijalankan dengan
jayanya pada 28 Mac 2010. Seramai hampir 80 orang ahli telah
menghadirkan diri ke mesyuarat ini, yang diadakan di Rumah Kelab, Jalan
Tinggi 6/12, Petaling Jaya. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua
yang telah menghadirkan diri, dan juga kepada ahli-ahli yang telah
membantu dalam sesi gotong-royong pra-mesyuarat yang diadakan pada hari
Sabtu, 27 Mac 2010 yang lalu.
Dimaklumkan, pada tahun ini pemilihan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa
(AJK) Tertinggi MARES, telah diadakan. Dibawah adalah senarai AJK
Tertinggi MARES bagi sesi 2010/2012. Tahniah kepada mereka yang telah
terpilih sebagai AJK Tertinggi pada pemilihan kali ini.
Ahli Jawatan
Kuasa MARES bagi tahun 2010/2012
MARES Council Comittee
for the year 2010/2012
Yang Dipertua / President:
Abdul Aziz Mohd. Noor, 9M2AU
Timbalan Yang Dipertua
/ Vice-President:
Dr. Abdullah Kamil Che Ibrahim Fikri , 9M2AKF
Setiausaha / Secretary:
Fahroradzi Ibrahim, 9W2BBS
Penolong Setiausaha / Assistant Secretary:
Farid Mohamed Hanif, 9W2ARD
Bendahari / Treasurer:
Hazali Hashim, 9W2ZLH
Penolong Bendahari / Assistant Treasurer:
Mazura Muhammad, 9W2MIT
Ahli Jawatan Kuasa / Council Members:
Mohd. Rashid A. Gani, 9M2NZ
Abdul Mutalib Omar, 9M2SQL
Azizul Rahman Mohd Ghazali, 9W2FD
Mohd. Ashwar Abdul Aziz, 9W2FG
Wan Mohd Fadzil Wan Ab. Manaff, 9W2WF
Omar Atan, 9W2MCC
Nik Mohd Nor Wan Zain, 9W2NIK
Rohani A. Bakar, 9W2ATU
Julian James Pan, SWL
Audit Dalaman / Internal Audit :
Amir Hamzah Mohamed Murad, 9W2AMR
Khamizah Kamaruddin, 9W2MEZ
Ribuan terima kasih kepada AJK 2008/2010 yang telah mencurahkan tenaga
dan jasa bagi memastikan kejayaan MARES. Tidak dilupakan juga kepada
semua ahli-ahli yang telah membuat pembaharuan keahlian pada sesi
mesyuarat yang lalu. Kami memohon maaf diatas segala kekurangan yang berlaku.
Terima kasih dan diharap kita akan berjumpa lagi pada masa akan datang.
73 de 9W2BBS
Fahroe Ibrahim
Setiausaha, MARES
Sesi 2010/2012 |
|
Written by MARES Newsdesk
|
|
Friday, 11 November 2011 09:18 |
Salam Sejahtera,
MARES ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua
ahli-ahli yang telah sudi melapangkan masa untuk menjadi sukarelawan
bersempena dengan pameran MIDE
2008, yang diadakan di PWTC pada 4 hingga 6 Julai 2008
yang lalu.
Tidak dilupakan juga kepada warga ASTRA KL dan Selangor, ucapan ribuan
terima kasih dan tahniah diatas acara Mega Eyeball Morib 2008
yang telah diadakan dengan jayanya, di pantai Morib, Banting pada
tarikh 5 dan 6 Julai 2008 yang lalu.
Semoga persahabatan kita akan berkekalan.
73 de MARES |
|
|
Written by MARES Newsdesk
|
|
Friday, 11 November 2011 09:17 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bagi pihak semua warga kerja MARES, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli ham radio yang telah bersama-sama membantu dalam menjayakan program gotong-royong membersihkan kawasan rumah kelab MARES.
Tidak ketinggalan juga kepada semua rakan-rakan ham yang telah sudi hadir untuk menjayakan majlis berbuka puasa MARES, yang diadakan pada 14 Oktober yang lepas. Kehadiran dan sumbangan anda amat kami hargai dan semoga ianya akan berkekalan.
Bagi pihak semua warga kerja MARES juga, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, dengan ucapan ribuan kemaafan, semoga dipanjangkan umur dan kita dapat bertemu lagi pada masa akan datang. Dan juga tidak ketinggalan kepada semua warga ham yang berugama Hindu, diucapkan Selamat Hari Deepavali kepada anda.
Dimaklumkan juga, satu program Aidil Fitri akan diadakan selepas Hari Raya ini. Insya Allah, berita program akan diumumkan dari masa ke semasa.
Sekian,
73 de MARES. |
|
Written by MARES Newsdesk
|
|
Friday, 11 November 2011 09:12 |
|
Salam sejahtera,
MARES telah berjaya menjalankan aktiviti di atas pada tempoh hari (13
November 2010).
Sebagai HQ station untuk Region 3, tugas MARES adalah untuk
mengumpulkan semua
mesej yang dihantar oleh stesyen-stesyen dalam Region ini. Beberapa
stesyen,
terutama dari India dan China telah berjaya berhubung dengan MARES
untuk
menyampaikan mesej-mesej yang telah mereka terima, atau ingin
sampaikan.
Latihan GlobalSet kali ini banyak memberi pengalaman dan pengajaran
baru kepada
MARES.
Kejayaan MARES menjalankan latihan ini adalah hasil titik peluh dan
sokongan,
samada peralatan, kewangan, tenaga mahu pun sokongan moral, rakan-rakan
yang
callsignnya tersenarai di bawah. Kepada rakan yang callsignnya tidak
tersenarai
harap dapat maklumkan saya melalui email 9w2stt at mares.org.my untuk
dimasukkan dalam lapuran ke IARU.
9M2AU, 9M2RS, 9M2SQL,
9M2USB, 9W2FG, 9W2WF, 9W2ARD, 9W2BBS, 9W2CCW, 9W2KRZ, 9W2MIT, 9W2STT,
9W2TNK, dan 9W2TPT
Selaku wakil Ketua Jurulatih ERT (Chief ERT Trainer), saya mengambil
kesempatan
ini merakamkan setinggi penghargaan kepada anda semua.
"MARES couldn't have done it without you."
Terima kasih
73 de
9W2STT. |
|
Last Updated on Friday, 11 November 2011 09:20 |
|